Monday, February 13, 2012

Air mata apakah ini??


Air mata apakah ini??

Bismillah, sedikit perkongsian…

Saya teringat, semasa berada di Malaysia..semasa itu tinggal beberapa hari lagi saya akan meninggalkan tanah air, keluarga untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Sepanjang beberapa hari itu, hati saya berasa sangat tidak tenang, macam-macam perkara yang bukan-bukan sentiasa terlintas di benak fikiran..kadang-kadang saya menjadi lemah semangat, putus asa, dan sentiasa berfikiran negative  seperi ada “bisikan-bisikan dari syaitan”  yang cube menggoda saya untuk batalkan pengajian  ke Mesir. Fikir tentang kos pengajian la..ada segelintir2 orang yang bercerita  Mesir begini..lepasan Mesir begini..semuanya  yang negative .Allah..memang Allah je yang tahu betapa ujiannya masa itu. Walau macam mana pun, saya cube untuk kuatkan semangat  untuk lawan perasaan itu.




Dapat semangat

Hari demi hari, saya sentiasa berdoa dan buat istikharah minta petunjuk dariNYa..
Alhamdulillah, selepas beberapa hari  semangat saya semakin pulih..yakin dengan firman Allah dalam surah Al-Syarh ayat 5 dan 6 yang bermaksud :
“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” ( 5)
“ Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” ( 6)
Allah itu memang Maha Mendengar  setiap apa sahaja isi hati kita..
Alhamdulillah, segala kesulitan menjadi senang..ditambah lagi  dengan sokongan-sokongan dan semangat dari umi,ayah, saudara-mara, jiran tetangga, guru2  kawan2 yang tidak putus2 memberi kata-kata semangat kepada saya…bersyukur sangat..

Sehari sebelum berangkat

Kehadiran jiran tetangga, saudara mara ke rumah seakan-akan seperti majlis “ pernikahan “ la pulak..rasa terharu ramai yang hadir ingin berjumpa dengan saya ( macam nak pergi buat haji la )..mendapat kata-kata semangat, di samping menghulurkan beberapa “ sumbangan”..Alhamdulillah..( senyum lebar )..



Malam itu, selepas menunaikan solat isyak di masjid, saya sempat memaklumkan kepada beberapa Jemaah masjid termasuk imam masjid sendiri yang saya akan berangkat esoknya.. mereka terkejut kerana saya tak maklum dari awal lagi yang akan sambung belajar di Mesir, esok nak berangkat baru nak bagitahu..salah seorang pakcik Jemaah masjid terkejut lalu memeluk saya bersama airmatanya..( alamak..pkcik ni semakin “ tacing” dan terus membuatkan saya rasa sebak )..pakcik ni memang sangat rapat dan baik dengan saya..tapi nak buat macam mana pakcik..saya boleh minta doa dan kemaafan dari pakcik  je..( hati semakin tacing )..


Kemuncak
Malam terakhir tu, saya tidak dapat tidur dengan lena..tiba-tiba timbul  perasan takut, sedih, gembira..saya pun tak tahu kenapa..
Saya cuba bangun dari katil,  terus ambil wudhu’ dan solat sunat 2 rakaat.. tapi kali ini rasa lain dari yang lain..saya tidak pernah rasa macam itu..selesai solat.. tiba-tiba secara tidak sengaja air mata saya mengalir dan rasa sebak yang amat..” kenapa ni ?? aku tidak pernah rasa sebak seperi ini?? “ saya memang susah nak menangis ( hati batu kot ). Tiba-tiba saya terfikir, kenapa Allah masih lagi bagi peluang kepada aku untuk belajar di mesir? Sedangkan aku terlalu banyak membuat dosa dan maksiat kepadaNya?? Rasa langsung tidak layak untuk sambung belajar kat sana..terlalu banyak dosaku dengan umi dan ayah, kawan2, adik-beradik…Allah..tidak putus2 airmataku mengalir..terasa sangat hina..

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA2 KU…AIRMATA APAKAH  INI??

2 comments:

salam ustaz hasif
itu namanya air mata insaf/syukur kerana masih bergantung harap pada Allah atas setiap perkara..smg dipermudahkan segalanya,dan doakan smg keluarga di malaysia sihat sejahtera dan ditetapkan dalam imannya...

wasalam..mungkin kot..IAllah..terima kasih

Post a Comment