Air mata apakah ini??
Bismillah, sedikit perkongsian…
Saya teringat, semasa berada di Malaysia..semasa itu tinggal
beberapa hari lagi saya akan meninggalkan tanah air, keluarga untuk melanjutkan
pelajaran di Mesir. Sepanjang beberapa hari itu, hati saya berasa sangat tidak
tenang, macam-macam perkara yang bukan-bukan sentiasa terlintas di benak
fikiran..kadang-kadang saya menjadi lemah semangat, putus asa, dan sentiasa
berfikiran negative seperi ada “bisikan-bisikan
dari syaitan” yang cube menggoda saya
untuk batalkan pengajian ke Mesir. Fikir
tentang kos pengajian la..ada segelintir2 orang yang bercerita Mesir begini..lepasan Mesir
begini..semuanya yang negative .Allah..memang
Allah je yang tahu betapa ujiannya masa itu. Walau macam mana pun, saya cube
untuk kuatkan semangat untuk lawan
perasaan itu.
Dapat semangat
Hari demi hari, saya sentiasa berdoa dan buat istikharah
minta petunjuk dariNYa..
Alhamdulillah, selepas beberapa hari semangat saya semakin pulih..yakin dengan
firman Allah dalam surah Al-Syarh ayat 5 dan 6 yang bermaksud :
“ Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” (
5)
“ Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” ( 6)
Allah itu memang Maha Mendengar setiap apa sahaja isi hati kita..
Alhamdulillah, segala kesulitan menjadi senang..ditambah
lagi dengan sokongan-sokongan dan
semangat dari umi,ayah, saudara-mara, jiran tetangga, guru2 kawan2 yang tidak putus2 memberi kata-kata
semangat kepada saya…bersyukur sangat..
Sehari sebelum
berangkat
Kehadiran jiran tetangga, saudara mara ke rumah seakan-akan
seperti majlis “ pernikahan “ la pulak..rasa terharu ramai yang hadir ingin
berjumpa dengan saya ( macam nak pergi buat haji la )..mendapat kata-kata
semangat, di samping menghulurkan beberapa “ sumbangan”..Alhamdulillah..(
senyum lebar )..
Malam itu, selepas menunaikan solat isyak di masjid, saya
sempat memaklumkan kepada beberapa Jemaah masjid termasuk imam masjid sendiri
yang saya akan berangkat esoknya.. mereka terkejut kerana saya tak maklum dari
awal lagi yang akan sambung belajar di Mesir, esok nak berangkat baru nak
bagitahu..salah seorang pakcik Jemaah masjid terkejut lalu memeluk saya bersama
airmatanya..( alamak..pkcik ni semakin “ tacing” dan terus membuatkan saya rasa
sebak )..pakcik ni memang sangat rapat dan baik dengan saya..tapi nak buat
macam mana pakcik..saya boleh minta doa dan kemaafan dari pakcik je..( hati semakin tacing )..
Kemuncak
Malam terakhir tu, saya tidak dapat tidur dengan
lena..tiba-tiba timbul perasan takut,
sedih, gembira..saya pun tak tahu kenapa..
Saya cuba bangun dari katil, terus ambil wudhu’ dan solat sunat 2 rakaat..
tapi kali ini rasa lain dari yang lain..saya tidak pernah rasa macam
itu..selesai solat.. tiba-tiba secara tidak sengaja air mata saya mengalir dan
rasa sebak yang amat..” kenapa ni ?? aku tidak pernah rasa sebak seperi ini?? “
saya memang susah nak menangis ( hati batu kot ). Tiba-tiba saya terfikir,
kenapa Allah masih lagi bagi peluang kepada aku untuk belajar di mesir? Sedangkan
aku terlalu banyak membuat dosa dan maksiat kepadaNya?? Rasa langsung tidak
layak untuk sambung belajar kat sana..terlalu banyak dosaku dengan umi dan
ayah, kawan2, adik-beradik…Allah..tidak putus2 airmataku mengalir..terasa
sangat hina..
YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA2 KU…AIRMATA APAKAH INI??
2 comments:
salam ustaz hasif
itu namanya air mata insaf/syukur kerana masih bergantung harap pada Allah atas setiap perkara..smg dipermudahkan segalanya,dan doakan smg keluarga di malaysia sihat sejahtera dan ditetapkan dalam imannya...
wasalam..mungkin kot..IAllah..terima kasih
Post a Comment